Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberikan ucapan ketika menghadiri Majlis Penyerahan Dokumen Perancangan Strategik Kementerian Dalam Negeri Tahun 2017 di Putrajaya

PUTRAJAYA, 4 Jan – KPI…. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengariskan 38 petunjuk prestasi utama untuk Kementerian Dalam Negeri bagi dicapai untuk tahun ini.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri mengariskan KPi tersebut sebagai penanda aras untuk KDN berusaha mencapai lebih 138 % dalam memastikan komitmen kerajaan untuk rakyat di sampaikan.

Tambah beliau lagi, jumlah KPI yang lebih tinggi berbanding hanya 22 pada tahun lalu itu perlu dianggap sebagai tanda kepercayaan semua pihak terhadap KDN dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan.

“Jangan anggap ini sebagai bebanan sebaliknya ia adalah tanggungjawab untuk mewujudkan kesejahteraan, keselamatan dan keharmonian selain rasa percaya yang tinggi diletakkan masyarakat kepada KDN.

“Justeru kepimpinan semua agensi dan jabatan yang terbabit amat penting dan peranan lebih perlu dimainkan bagi memberi galakan supaya prestasi organisasi boleh mencapai kepada tahap yang lebih baik berbanding sebelumnya,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Penyerahan Dokumen Perancangan Strategik KDN 2017 dan Pelancaran Misi Bantuan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) di sini hari ini.
Sementara itu Misi Bantuan RELA yang dilancarkan bertujuan menyediakan keperluan dan mengagihkan bantuan makanan kepada mangsa banjir di Kelantan dan Terengganu.
Ahmad Zahid juga berkesempatan melepaskan konvoi misi bantuan ke Kelantan dan Terengganu yang disertai 15 kenderaan pacuan empat roda; lima bot dan lima ATV (All Terrain Vehicles) berserta pelbagai barangan keperluan dan makanan.
Melalui misi itu, pihak RELA menerima pelbagai sumbangan termasuk dari Ahli Kehormat dan Bersekutu RELA. – WD MY