PUTRAJAYA, 5 Mei – Keadaan sesak dihadapan pintu masuk Kompleks D menimbulkan
rasa tidak selesa untuk orang ramai berurusan akibat pelaksanaan sistem penguatkuasaan
tapisan kemasukan pelawat ke kompleks berkenaan.

Menurut kenyataan oleh Kementerian Dalam Negeri, (KDN) Berkuat kuasa 1 Mei, semua pelawat yang ingin
berurusan di Kompleks D di sini perlu melaporkan diri di balai pengawal utama
untuk mendapatkan pas pelawat sebelum dibenarkan memasuki kompleks berkenaan.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) memaklumkan langkah itu berikutan penguatkuasaan tapisan
kemasukan pelawat dan kenderaan ke kompleks berkenaan yang telah diputuskan pada
mesyuarat khas keselamatan Kompleks D pada 29 April lepas.

Mesyuarat dipengerusikan KDN selaku Pengerusi Jawatankuasa Perimeter
Keselamatan Kompleks D, Putrajaya.

“Hanya kenderaan yang mempunyai pelekat Kompleks D sahaja yang dibenarkan
memasuki Kompleks D. Segala kesulitan yang terpaksa dihadapi oleh orang ramai
adalah amat dikesali,” menurut kenyataan itu.

Ia menimbulkan beberapa kesulitan dan keadaan yang tidak menyenangkan dihadapan pondok
pengawal kompleks berkenaan hari ini.- Siti Nurliya Abdul Rahman ( WD MY)

LEAVE A REPLY