KUALA LUMPUR, 26 Feb – Menyentuh mengenai UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata keanggotaan UMNO kini mencecah 3.47 juta orang, selain turut menerima 1,126 permohonan keahlian dalam talian sejak perkhidmatan itu dibuka pada 27 Jan hingga 17 Feb lepas.

Katanya, daripada jumlah itu, 774 permohonan yang lengkap telah diproses dan dihantar ke cawangan mengikut alamat pemohon.

“Kita harap lebih ramai lagi yang akan menggunakan perkhidmatan ini bagi memohon keahlian UMNO,” katanya.

Najib juga berkata sebanyak 21,245 cawangan UMNO di seluruh negara layak mengadakan mesyuarat cawangan tahunan yang akan bermula 13 Mac hingga 2 Mei depan.

Sementara itu, sebanyak 19,871 cawangan Pergerakan Wanita, Pemuda (15,111) dan Puteri (10,048) turut layak mengadakan mesyuarat tahunan, katanya.- Faizal Dato Badarudin (WD MY)

LEAVE A REPLY