KUALA LUMPUR, 27 Sept – Terus Menjaga Kebajikan…..Agenda memelihara kebajikan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak boleh dianggap bersifat picisan, sebaliknya menjadi satu keperluan yang harus tiada pengecualian dan kompromi.

Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata sebagai negara yang mempunyai kekuatan pertahanan disegani di peringkat serantau, adalah amat memalukan sekiranya kebajikan anggota tentera tidak diuruskan dengan baik.

Beliau berkali-kali mengingatkan pegawai tertinggi dalam ATM mahupun Kementerian Pertahanan supaya tidak mengambil mudah isu kebajikan setiap warga ATM, terutama membabitkan kediaman, bas sekolah dan perkara penting yang lain.

Katanya, tindakan memelihara kebajikan perajurit negara sebaik mungkin adalah ciri sebuah bangsa dan negara maju serta terkehadapan.

“Ini membuktikan segala keringat, pengorbanan dan jasa yang dicurahkan oleh setiap anggota dan veteran ATM selama ini dihargai setiap rakyat. Tiada guna sekiranya ATM memiliki aset terhebat bernilai puluhan jutaan ringgit, namun kebajikan warganya yang bergadai nyawa tidak dihargai.

“Seharusnya kebajikan mereka yang menjadi keutamaan paling atas,” katanya berucap merasmikan Projek Pembangunan Kompleks Wisma Bintara ATM, di sini hari ini. – WD MY

LEAVE A REPLY