PUTRAJAYA, 10 April – Tumpuan…… Pihak Tabung Haji akan menumpukan kepada dua kluster iaitu kebajikan jemaah haji dan pembabitan dalam sektor korporat bagi kelangsungan hala tuju agensi itu kata Datuk Seri Abdul Azeez Rahim.

Abdul Azeez selaku pengerusi berkata ia adalah arahan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, ketika berucap merasmikan majlis Pemukiman Hala Tuju TH di sini, hari ini.

Tambah beliau, antara perkara yang perlu diberi tumpuan bagi kebajikan jemaah termasuk urusan tempat tinggal dan makan ketika menunaikan ibadah itu, serta aspek keselamatan.

“Melalui pemukiman ini, kita memanggil semua ketua industri dan pihak berkepentingan sama ada dari jabatan dan agensi kerajaan untuk memberi pandangan membina serta perkara yang patut atau tidak patut dilakukan”.

“Mereka beritahu apa produk yang baik untuk kita melabur. Kita bincang semua ini dan hasilnya nanti akan dibukukan untuk dijadikan garis panduan kepada TH,” katanya ketika ditemui selepas majlis itu itu.

Abdul Azeez berkata, Malaysia memperuntukkan RM260 juta pada tahun ini bagi subsidi menunaikan haji, justeru TH perlu memberi tumpuan penuh dalam meningkatkan dana badan itu.

Hadir sama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan; Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah.

Majlis berkenaan diadakan secara tertutup. – WD MY