SINGAPURA, 30 Sept – Pasaran Saham Dibuka Rendah……. Saham Asia menjejaki Wall Street dengan didagangkan rendah awal hari ini, sementara harga minyak masih menghampiri paras tertinggi dalam sebulan berikutan langkah Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) untuk mengurangkan output.

Indeks meluas saham Asia Pasifik di luar Jepun, MSCI jatuh 0.5 peratus, berada pada landasan untuk mencatatkan kejatuhan 0.4 peratus bagi minggu ini.

Ia berada pada landasan untuk mencatatkan peningkatan 2.2 peratus pada September dan peningkatan 9.5 peratus pada suku ketiga.

Indeks Nikkei Jepun jatuh 1.5 peratus selepas perangkaan penggunaan yang perlahan. Ia jatuh 1.7 peratus bagi bulan dikaji tetapi berada pada kedudukan kukuh untuk mengakhiri suku dikaji 5.7 peratus lebih tinggi.

Indeks KOSPI pasaran Korea Selatan jatuh 0.8 peratus selepas aktiviti pengilangan menguncup untuk bulan kedua berturut-turut pada September untuk mencecah paras rendah dalam 14 bulan dan output perindustrian Ogos mencatatkan kejatuhan terbesar dalam tempoh 19 bulan.

Semalam, Wall Street jatuh hampir satu peratus kerana saham Deutsche Bank jatuh ke paras rekod terendah selepas satu laporan yang mana pelanggan menarik balik pegangan atau lebihan tunai dalam bank terbesar Jerman itu.

Saham berkaitan perbankan Amerika Syarikat (AS) ditutup rendah 6.7 peratus kepada AS$11.48 selepas pada awalnya jatuh serendah AS$11.185. – WD MY

LEAVE A REPLY