Kedah Cuti Pada 9 Februari Ini Sempena Thaipusam

0
159

ALOR SETAR, 1 Feb – Cuti….. Kerajaan negeri hari ini mengisytiharkan 9 Februari ini sebagai cuti peristiwa sempena sambutan Thaipusam.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah, berkata cuti peristiwa itu tertakluk kepada semua kakitangan kerajaan dan rakyat di negeri itu, namun syarikat swasta turut digalakkan memberi pelepasan kepada pekerja masing-masing.

“Kita bersetuju menetapkan Khamis depan iaitu 9 Februari sebagai cuti peristiwa sebagai tanda keprihatinan terhadap rakyat berbilang bangsa dan agama,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat EXCO kerajaan negeri di Wisma Darul Aman di sini, hari ini. – WD MY