ALOR SETAR, 6 Jan – Kerajaan Negeri Kedah akan mengisytiarkan 24 Januari ini sebagai cuti peristiwa, sempena sambutan Perayaan Thaipusam.

Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir berkata, pengisytiaran ini adalah bagi kakitangan awam dan meminta pihak swasta turut memberikan pelepasan pada hari itu.

Ini adalah tahun ketiga pengisytiaran itu diberikan, sejak tahun 2013.

Perkara itu dimaklumkan Datuk Seri Mukhriz selepas mempengerusikan mesyuarat exco di Wisma Darul Aman. – Sharini Abdulah / CF (WD MY)

LEAVE A REPLY