KUALA LUMPUR, 3 Nov – Kepentingan Dan Kedaulatan Negara……. Segala proses membawa masuk Pelaburan Langsung Asing (FDI) ke negara ini sentiasa dilakukan dengan mengambil kira kepentingan dan kedaulatan negara, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata soal bahawa ia boleh menjejaskan kedaulatan negara
sepatutnya tidak timbul.
“Apa yang dilakukan (dalam hal kemasukan FDI) ialah amalan lazim oleh
mana-mana negara yang perlukan FDI dari negara luar,” katanya kepada media
ketika ditemui di lobi Parlimen, di sini hari ini.

Timbalan perdana menteri berkata soal mengenai tuntutan di Laut China
Selatan adalah berkaitan sejarah dan perlu diasingkan dalam memuktamadkan FDI.

Katanya pelaburan dari negara Tembok Besar itu memberi keuntungan dari segi
pulangan dan pertumbuhan negara, justeru segala tafsiran yang dinyatakan Dr
Mahathir perlu diketepikan.
“Apa yang berlaku dalam mana-mana proses FDI di mana-mana negara pun
termasuk di masa beliau (Dr Mahathir) sendiri, faktor-faktor kedaulatan sentiasa
menjadi keutamaan,” katanya. – WD MY