MUAR, 28 Feb – Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyeru semua kaum di negara ini agar terus mengekalkan keharmonian dan
kemakmuran yang sudah lama terjalin bagi membolehkan kerajaan terus merangka 
kemajuan menjelang 2020.

Beliau berkata semua kaum perlu bersama-sama kerajaan dalam  memastikan ?perpaduan yang utuh terus berkekalan dengan mengelak berlakunya sengketa antara kaum.

“InsyaAllah kita mahu menjadikan (Malaysia) sebuah negara maju pada 2020 d?an untuk itu kita mesti mengekalkan keamanan dan keharmonian yang sedia terjalin ini.

“Kita tidak mahu negara menjadi seperti negara luar yang sering  tercetusnya pergaduhan dan jika itu berlaku ia menjadikan kerajaan sukar untuk membangunkan negara,” katanya ketika berucap pada majlis sambutan Tahun Baharu Cina Parlimen
Pagoh di Dewan Poh Ling Dian di sini, hari ini.

Turut hadir isterinya Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, Anggota Dewan  ?Undangan Negeri Bukit Serampang Ismail Mohamed dan Ketua MCA Bahagian Pagoh Datuk Lim Pei Heng.

Muhyiddin yang juga Anggota Palimen Pagoh berkata kehadiran lebih  2,000 ?masyarakat berbilang bangsa pada majlis itu membuktikan keamanan dan keharmonian antara kaum di negara ini.

“Ini juga membuktikan masyarakat Cina di sini menerima baik apa yang  telah ?dilakukan kerajaan terutama MCA,” katanya.-Rizalman Has (WD MY)

LEAVE A REPLY