PUTRAJAYA, 13 Dis – Komitmen….. Kejayaan Dasar Transformasi Nasional (TN50) tidak hanya bergantung kepada pencapaian hebat dalam ekonomi semata-mata, tetapi juga aspek kemanusiaan yang memerlukan komitmen semua rakyat.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata rakyat perlu bersatu dan memberi keutamaan kepada isu pokok seperti keselamatan dan pendidikan, bukan bertelagah dalam isu cabang seperti ideologi dan perbezaan budaya.

“Kita tidak mahu Malaysia hanya maju dalam bidang ekonomi, tetapi masyarakatnya bobrok, akhlaknya runtuh dan peribadinya tiada nilai Quran.

“TN50 bukan hanya mengenai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebagai asasnya, tetapi juga dari segi akhlak dan aliran kemanusiaan,” katanya ketika melancarkan Alumni Sekolah Menengah (SM) Imtiaz Ulul Albab Melaka di sini, malam ┬átadi.

Selain itu, Zahid yang juga pengasas SM Imtiaz Ulul Albab Melaka berharap kumpulan alumni pertama seramai 39 orang itu akan menjadi golongan bijak pandai yang menyumbang kembali kepada agama, bangsa dan negara.

SM Imtiaz Ulul Albab Melaka yang terletak di Masjid Tanah, Melaka mula beroperasi pada Februari 2012, dengan kumpulan pertama seramai 89 pelajar di Tingkatan Satu.

Sistem pendidikan yang diguna pakai di sekolah berkenaan adalah berkonsepkan kurikulum kebangsaan dan program al-Quran, termasuk subjek agama yang dirangka mengikut kesesuaian serta keperluan semasa. – WD MY