KUALA LUMPUR, 17 Mei – Produk Baharu….. Pihak KFC Holdings (M) Bhd menjangkakan produk terbaharunya, “Keju 3 Rasa”, yang dilancarkan hari ini akan menyumbang sebanyak 15 peratus kepada jualan keseluruhan.

Ketua Pegawai Eksekutif QSR Brands (M) Holdings Sdn Bhd Merrill Pereyra berkata sos keju masam dan pedas yang memiliki tiga perisa, bagi dinikmati bersama ayam “Hot & Spicy” KFC, hanya disediakan untuk tempoh yang terhad.

“Kami jangka ia akan mendapat respons yang baik dan ini akan membantu meningkatkan jualan secara keseluruhan,” katanya kepada media selepas melancarkan ‘Keju 3 Rasa’ di sini hari ini.

Pereyra berkata, keunikan keju tersebut boleh didapati mulai esok melalui set kombo makanan dengan dua atau lima keping ayam berharga, masing-masing berharga RM13.50 dan RM32.50.

Kombo dua keping ayam Hot & Spicy dilengkapi dengan dua sos Keju 3 Rasa, coleslaw, pilihan Colonel Rice atau kentang lenyek dan minuman Strawberi Kiwi Sjora.

Sementara itu, kombo lima keping ayam ditawarkan dengan lima sos Keju 3 Rasa serta Kentang Campur dan dua minuman Strawberi Kiwi Sjora.

QSR Brands, merupakan pemegang francais untuk lebih daripada 750 restoran KFC di Malaysia, Singapura, Brunei dan Kemboja, juga menjadi operator Pizza Hut di Malaysia (370 cawangan) dan Singapura (75 cawangan). – WD MY