CLARK (Filipina), 24 Okt – GESA…… Menteri-menteri pertahanan Asia Tenggara hari ini menyatakan ‘kebimbangan serius’ terhadap program nuklear dan peluru berpandu Korea Utara dan mendesak negara terasing itu untuk memenuhi tanggungjawab antarabangsanya dan meneruskan komunikasi.

Korea Utara sedang membangunkan peluru berpandu nuklear yang mampu menceroboh tanah besar Amerika Syarikat (AS) dan mengabaikan semua gesaan, walaupun dari sekutu utamanya, China, untuk mengekang program senjatanya yang menentang resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Menteri Pertahanan dari Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN), dalam satu kenyataan bersama, menekankan ‘keperluan untuk mengekalkan keamanan dan kestabilan di rantau ini’ dan menggesa kepada ‘pelaksanaan kekangan diri dan menyambung semula dialog untuk mengurangkan ketegangan di semenanjung Korea.”

Mereka akan bertemu dengan rakan sejawat dari AS, China, Jepun, Korea Selatan, India, Australia, Russia dan New Zealand esok dengan Korea Utara, pertikaian Laut China Selatan dan keganasan dijangka menjadi agenda utama. – WD MY