KOTA BAHRU, 2 APRIL – BENARKAN…… Sekeping surat daripada kerajaan Kelantan menjadi perhatian selepas tular di media sosial hari ini.

Melalui surat berkenaan kakitangan awam Kelantan diberi garis panduan mengenai pemaparan gambar pemimpin pada premis pejabat kerajaan negeri dan persekutuan.

Surat itu menyatakan hanya empat gambar rasmi yang dibenarkan digantung pada pejabat kerajaan.

Surat itu – bertarikh 1 April 2019 – menyatakan gambar yang diizin digantung ialah Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V; Tengku Mahkota Kelantan, Sultan Ismail Petra Yahya Petra dan menteri besar Kelantan.

“Hanya gambar-gambar sebagaimana berikut yang boleh dipamerkan di semua pejabat kerajaan negeri dan persekutuan di Kelantan, manakala gambar-gambar selain itu adalah dilarang sama sekali dipamerkan,” kata surat tersebut.

Jika surat itu sahih dan kandungannya benar, mana bermakna tiada mana-mana premis kerajaan negeri atau pusat boleh menaikkan gambar pemimpin lain, termasuk Yang di-Petuan Agong dan perdana menteri.

Melalui imej yang tersebar itu, surat tersebut dilihat ditandatangani Timbalan Setiusaha Kerajaan Kelantan, Adnan Hussin.

Sementara itu, sumber dalaman pejabat kerajaan negeri mengesahkan kewujudan surat tersebut.

Bagaimanapun sumber tersebut enggan mengulas lanjut. – WD MY