AUSTIN, Texas, 20 Dis – Sah……… Pengundi Elektoral Amerika Syarikat (AS) pada Isnin mengesahkan kemenangan calon Republikan, Donald Trump sebagai Presiden ke-45 negara itu.

Kemenangan itu sekali gus meranapkan harapan beberapa kumpulan kecil yang mengharapkan ada peluang terakhir untuk menyekat Trump ke Rumah Putih.

Dalam pengundian pada Isnin, Trump memperoleh 306 undi elektoral, lebih daripada majoriti mudah 270 untuk melayakkannya diisytiharkan menang.

Dengan itu Trump akan mengangkat sumpah sebagai Presiden pada 20 Januari 2017 menggantikan Barack Obama.

Keputusan itu menunjukkan ramai Pengundi Elektoral memilih calon yang bukan pilihan rakyat di negeri masing-masing, keadaan yang jarang dilihat dalam tempoh hampir seabad.

Undi Elektoral adalah penentu kemenangan calon presiden AS.

Apabila rakyat AS mengundi pada 8 November lalu, mereka bukanlah secara langsung memilih presiden tetapi sejumlah 508 Pengundi Elektoral yang akan menterjemahkan pilihan mereka dengan mengundi memilih presiden. – WD MY