PUTRAJAYA, 29 Jun – Kementerian Luar Negeri ingin mengesahkan bahawa
seorang warganegara Malaysia telah terlibat dalam insiden letupan semasa
sambutan Color Play Asia di Taman Tema Air Formosa, New Taipei City, Taiwan pada
malam hari Sabtu, 27 Jun 2015. Mangsa, Cik Lim Sh Li yang merupakan pelajar
jurusan perubatan di National Taiwan University, telah mengalami kecederaan
kebakaran tahap kedua sebanyak 54% di bahagian lengan dan kaki. Mangsa kini
ditempatkan di Unit Rawatan Rapi Hospital Ren Ai, Taipei bagi menerima rawatan
lanjut.

Pegawai dari Pusat Persahabatan dan Perdagangan Malaysia di Taipei telah
mengadakan lawatan serta memberikan bantuan konsular yang sewajarnya. Punca
letupan masih lagi dalam siasatan pihak berkuasa tempatan.

Kementerian Luar Negeri melalui Pusat Persahabatan dan Perdagangan Malaysia di
Taipei sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan bagi mendapatkan
maklumat lanjut berhubung insiden ini.-Sofea Nawar (WD MY)

LEAVE A REPLY