KUALA LUMPUR, 12 Jun – Tiket Percuma…….Meskipun kaunter penebusan tiket dibuka jam 10 pagi, bagaimanapun seawal jam 8 pagi pengguna Keretapi Tanah Melayu (KTM) sudah mula beratur di hadapan Pintu 2, KTM Antarabandar, KL Sentral.

Ia bagi mendapatkan tiket percuma hasil penganjuran kali ke-4, kempen Eratkan Jalinan Tropicana yang memberi 1,000 tiket kepada pengguna untuk balik kampung menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Tiket meliputi perjalanan dari KL Sentral ke Padang Besar, Perlis; Ipoh, Perak, Tumpat, Kelantan dan Johor Bahru, Johor. – WD MY

LEAVE A REPLY