TOKYO, 30 Mei – CALON PRK Kuala Kangsar……..Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan bahawa kempen yang akan digunapakai calon pilihan raya kecil Kuala Kangsar, Datin Mastura Mohd Yazid adalah melalui kaedah komunikasi tanpa lisan.

Ia berikutan calon masih dalam tempoh edah selepas kematian suaminya, yang juga penyandang kerusi berkenaan, Allahyarham Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lalu.

Jelasnya, antara pendekatan berkempen yang akan dilakukan termasuklah merakamkan ucapan calon yang akan disiarkan di semua pusat daerah mengundi dan lokasi sasaran.

Beliau turut menafikan pemilihan calon adalah untuk meraih simpati kerana Datin Mastura menerima undian paling tinggi dalam kalangan nama calon yang dikemukakan sebelum ini.

Ahmad Zahid berkata demikian pada sidang media sempena lawatan kerja lima harinya ke Tokyo. – CF (WD MY)

LEAVE A REPLY