KUALA LUMPUR, 15 DIS – SENARAI…….┬áDatuk Mohd Sumali Reduan berkata Persatuan Sepak Takraw Malaysia akan mengemukakan rayuan bagi membolehkan sukan tradisi berkenaan kembali disenaraikan sebagai sukan teras dan dipertandingkan pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2018.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Atlet Kebangsaan PSM ITU, langkah berkenaan akan dilakukan dalam masa terdekat.

“Biar Ahli Majlis Tertinggi dan Presiden PSM, Datuk Seri Ahmad Ismail berbincang dulu dan satu kenyataan rasmi akan dikeluarkan.

“Namun, saya boleh mengesahkan kami akan mengemukakan rayuan agar sepak takraw dapat dikembalikan sebagai sukan teras dan dipertandingkan di SUKMA 2018 di Perak,” jelasnya.

“Bagaimana sukan warisan dan tradisi masyarakat Melayu ini mahu berkembang sekiranya tidak dibantu. Ia wajib dipertahankan.

“Adalah sukar untuk PSM melakukan program pembangunan tanpa bantuan dan sokongan Majlis Sukan Negara (MSN) dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS),” katanya.

Pada masa sama, beliau yang juga Presiden Persatuan Sepaktakraw Wilayah Persekutuan mengingatkan pihak tertentu agar tidak mengambil kesempatan melaga-lagakan PSM dengan Menteri serta MSN termasuk mendesak Ahmad meletak jawatan susulan isu berkenaan.

“Tiada kemelut dalam pengurusan PSM dan selama ini pengurusan PSM berjalan dengan baik dan harmoni. Bagi membangunkan sukan sepak takraw, ia memerlukan sokongan dan bantuan semua pihak, bukan cubaan sesetengah pihak yang hendak menjatuhkan kepimpinan yang ada,” katanya. – WD MY