KUALA LUMPUR, 24 Okt – Kenal Pasti…….  Datuk Abdul Rahman Dahlan sudah mengenal pasti beberapa syarikat terbabit memberi sokongan kepada perhimpunan Bersih.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri itu bagaimanapun enggan mendedahkan nama syarikat terbabit dan menyatakan beliau sudah mengetahui aktiviti syarikat berkenaan.

“Kita ada mekanisme untuk mengenal pasti syarikat yang memberi sokongan kepada perhimpunan Bersih tetapi bagaimana caranya ia adalah rahsia.

“Saya tidak akan bekerjasama dengan mana-mana syarikat yang terbabit dengan perhimpunan Bersih kerana mereka mahu menjatuhkan kerajaan,” katanya hari ini.

Abdul Rahman sebelum ini berkata, mana-mana syarikat yang menerima kontrak kerajaan tetapi menaja dan menyokong perhimpunan Bersih untuk menggulingkan kerajaan akan disenarai hitam. – WD MY