1. Saya tersenyum bila membaca laporan Malaysiakini yang memetik kenyataan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Hanipa Maidin yang menyerang saya dan menyifatkan hujah saya dalam isu pemandu teksi adalah “sampah”.

2. Dalam ramai-ramai pemimpin dalam PH, saya hairan kenapa Hanipa Maidin pula yang tidak senang duduk dengan respon yang saya berikan terhadap kenyataan Tan Sri Zainudin Maidin seperti dipetik Sinar Harian.

3. Saya mengharapkan satu jawapan daripada Menteri Pengangkutan, ironinya Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dalam portfolio undang-undang yang menjawab.

4. Bukan sahaja teksi di luar bidang kementeriannya malah ia langsung tiada kaitan. Saya tertanya-tanya kenapa Hanipa Maidin pula yang tidak senang duduk seolah-olah ingin melepaskan kemarahan kepada saya di laman Facebook miliknya.

5. Sebagai Ketua Puteri UMNO dan seorang wanita muda yang prihatin, saya ingin nasihatkan YB Hanipa Maidin supaya belajar kawal kemarahan agar ia tidak memberi kesan kepada kesihatan.

6. Fokuslah kepada tugas dan portfolio yang dipegang di Jabatan Perdana Menteri. Jangan tunjuk diri sendiri seolah-olah tidak memahami bidang tugas dan portfolio yang dipertanggungjawabkan kepada anda.

7. Sekali sekala jenguklah rakyat Sepang kerana ramai di sana sedang mencari di mana wakil rakyat mereka, mohon balik kawasan dan jangan lari.

ZAHIDA ZARIK KHAN
Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia