KENDURI DURIAN LARUT TERIMA SAMBUTAN MENGGALAKKAN

KENDURI DURIAN LARUT TERIMA SAMBUTAN MENGGALAKKAN

549
0

LARUT 22, JUALI 23:DURIAN….Kenduri durian bersama rakyat anjuran Pusat Khidmat Parlimen Larut dan UMNO Bahagian Larut di Lata Ayer Hitam di sini, baru-baru ini mendapat sambutan yang menggalakkan.

Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, program tersebut diadakan secara santai bagi meraikan orang ramai yang ingin menikmati kelazatan raja buah itu.

Menurut beliau, selain durian Batu Kurau yang cukup terkenal, pelbagai jenis durian lain turut mempunyai rasa yang enak dan menjadi kegemaran ramai seperti musang king dan durian kampung turut dihidangkan dalam program berkenaan.

“Malah, ada yang datang dari jauh termasuk dari Kuala Lumpur, Terengganu, Perlis dan Pulau Pinang semata-mata untuk menikmati keenakan durian Batu Kurau yang disediakan oleh penganjur secara percuma,” katanya ketika ditemui.

Selain durian, pengunjung turut menikmati buah manggis, langsat dan rambutan yang disediakan di lokasi tersebut.

Hamzah menambah, selain berkelah dan mandi-manda di kawasan air terjun, para pengunjung turut berpeluang menikmati buah-buahan atau membelinya pada harga yang murah di kebun milik penduduk setempat.

“Mereka seronok kerana dapat menikmati buah-buahan dalam suasana santai di kawasan perkelahan di sini. Suasana begini tidak terdapat di tempat lain,” jelasnya.-MY WD