PUTRAJAYA, 7 Mac – Satu kenyataan interim berkenaan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 akan dikeluarkan Pasukan Penyiasat Keselamatan Annex 13 Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) Malaysia bagi MH370, esok.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, dalam satu kenyataan hari ini, berkata kenyataan itu akan dikeluarkan pada jam 3 petang melalui siaran televisyen di Radio Televisyen Malaysia (RTM) 1.

“Ketua Penyiasat, Datuk Kok Soo Chon akan mengeluarkan kenyataan itu pada jam 3 petang melalui siaran televisyen di Radio Televisyen Malaysia (RTM) 1. Kenyataan itu juga akan dimuat naik ke laman web rasmi MH370 (www.mh370.gov.my).

“Keluarga dan waris terdekat mangsa MH370 akan dimaklumkan terlebih dahulu mengenai butiran kenyataan itu sebelum dimaklumkan kepada umum pada jam 3 petang berkenaan,” katanya. – Sofea Nawar (WD MY)

LEAVE A REPLY