KENYATAAN MEDIA IBUPEJABAT BARISAN NASIONAL MENGENAI TULARNYA VIDEO GERAN PERNIAGAAN
 
7 MAC 2018
Berikutan tularnya video mengenai program yang dianjurkan oleh satu badan NGO yang berlangsung di Sepang baru- baru ini, dengan ini pihak Ibu Pejabat Barisan Nasional menafikan turut terlibat atau mempunyai kaitan dengan penganjuran program berkenaan.
Program berkenaan adalah anjuran 1 badan NGO dan ianya tidak mempunyai kaitan secara langsung atau tidak langsung dengan Parti Barisan Nasional
Sehubungan dengan  itu, Ibu Pejabat Barisan Nasional  dengan ini menafikan penglibatan kami dalam pemberian geran atau dana kepada mana-mana pihak malah Barisan Nasional juga tidak pernah melantik mana-mana individu atau mana-mana pihak untuk menjadi ejen dalam skim tersebut.
Ibu Pejabat Barisan Nasional juga ingin menasihati orang ramai agar jangan mudah terpedaya dengan taktik mereka yang tidak bertanggungjawab menggunakan nama Barisan Nasional  dan sebaliknya membuat semakan dengan ibu pejabat Barisan Nasional terlebih dahulu bagi mengelakkan tertipu. – MY WD