Senator Dato’ Fahariyah Nordin
Ahli Dewan Negara merangkap Ketua Puteri UMNO Bahagian Ledang

DUA KEWARGANEGARAAN : DIMANA SIKAP PATRIOTIK PEMBANGKANG?

Masyarakat pastinya terkejut dengan laporan media berhubung pelucutan kelayakan anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pujut, Dr Ting Tiong Choon Dr Ting dari parti DAP sebagai ADUN Pujut pada persidangan DUN 12 Mei lepas selepas didapati memiliki dua kewarganegaraan.

Ekoran daripada isu ini sudah pasti kini timbul persoalan berapa ramaikah sebenarnya pemimpin pembangkang yang mempunyai dua kewarganegaraan.

Ini kerana umum mengetahui ramai pemimpin pembangkang yang mempunyai hubungan istimewa dengan negara jiran imaka tidak mustahil ada di kalangan pemimpin pembangkang telah memiliki kerakyatan negara tersebut.

Justeru, saya mendesak dan mencabar kepimpinan pembangkang untuk membuktikan taat setia bahawa mereka sememangnya warganegara Malaysia.

Selama ini mereka hanya tahu mencari salah kepimpinan kerajaan Barisan Nasional sedang hakikatnya pembangkang sentiasa beretorik dan hanya berpolitik setiap masa demi kepentingan sendiri sahaja.

Setelah kes Adun Pujut ini terbongkar, kini kepimpinan pembangkang perlu memikul tanggungjawab dan membuktikan kewarganegaraan mereka.

Sememangnya tindakan merahsiakan status pemilikan dua kewarganegaraan ini satu tindakan yang memalukan dan menghina institusi Perlembagaan, Parlimen dan DUN dan langsung tidak menghormati peruntukan undang-undang yang ditetapkan.

Malah sebagai seorang rakyat, tanah tumpah negara kita perlu disanjung tinggi dan dimuliakan dan bukannnya diperdagangkan dengan begitu hina sekali.

Pastinya sikap patriotik seseorang rakyat yang memiliki dua kewarganegaraan itu akan terus dipersoal dan menjadi bahan permainan, usikan pihak lain termasuk pemerhati politik antarabangsa yang akan melabel wakil rakyat Malaysia sebagai pemimpin tangkap muat dan tidak cintakan negara.

-WD MY