UCAPAN TAHNIAH KEPADA YB DATUK AMAR ABANG HAJI ABDUL RAHMAN ZOHARI BIN TUN ABANG HAJI OPENG
DI ATAS PELANTIKAN SEBAGAI KETUA MENTERI SARAWAK YANG BAHARU
Saya dan seluruh warga Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) ingin merakamkan ucapan tahniah kepada
YB Datuk Amar Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Abang Haji Openg di atas pelantikan sebagai Ketua Menteri Sarawak yang baharu.
Saya percaya dengan pengalaman, kredibiliti, dan komitmen yang dimiliki, merupakan kelebihan kepada beliau untuk meneruskan legasi kepimpinan Allahyarham YAB Datuk Patinggi Tan Sri (DR) Haji Adenan Bin Haji Satem dalam usaha membangun dan memajukan rakyat serta Negeri Sarawak secara keseluruhan.
Saya dan seluruh warga Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan memberi sepenuh kerjasama kepada beliau terutama dalam isu – isu kebajikan dan kesejahteraan kumpulan sasaran Kementerian di Sarawak.
YB DATO’ SRI ROHANI ABDUL KARIM
13 JANUARI 2017