KUALA LUMPUR, 6 Nov – Berikut merupakan kenyataan media oleh Mohd Rafi Alli Hassan, Setiausaha Politik Menteri Wilayah.

Saya terpanggil seketika selaku Setiausaha Politik YB Menteri Wilayah Persekutuan untuk Menjawab Beberapa Fitnah dan Pembohongan yang di buat oleh Beberapa Individu sama ada yang berjawatan tinggi ataupun Orang Suruhan berkenaan Isu Tanah Keramat baru-baru ini.

Sebagai Individu yang menjaga Politik YB Menteri Wilayah dan Perkara ini juga saya tahu berunsur Politik,saya tampil Untuk memberi Penjelasan Sebenar.

Tuduhan Fitnah

1.Harga Tanah yang di tawarkan oleh pihak DBKL kepada Tetuan Era Ecoland Sdn Bhd Sebanyak RM 280,000.00 untuk Keluasan Tanah 1.82 Ekar.

2.Harga Jualan Rumah yang ditawarkan Oleh Developer Bermula RM600,000.00 Hingga RM1,000,000.00

3.Developer Hanya Membangunkan Rumah Mewah Harga Bebas 100% tanpa ada pembinaan Rumah Mampu Milik.

Fakta Sebenar.

1.Harga Yang Ditawarkan oleh Pihak DBKL kepada Tetuan Era Ecoland Sdn Bhd mengikut Kadar Nilaian JPPH ialah RM 16,207,400.00
(RM 204 skp).

2.Harga Jualan rumah untuk
274 unit / 800 kp. – RM 198,000.00
( 100% Bumiputra )
274 Unit /1000 kp – RM 560,000.00
( 70% Bumiputra, 20% Cina,10% India )

3.Pembangunan Tanah Keramat ini berkonsepkan Cross Subsidi iaitu 50% Mampu Milik dibawah 200K dan 50% Harga Bebas tidak melebihi 600K.

Konsep Cross Subsidi yang Dilakukan Oleh YB Menteri Wilayah ini bukan Saja di Tanah Keramat tetapi juga kepada Semua Tanah-Tanah DBKL yang mahu di bangunkan.Ramai Warga Kuala Lumpur Menyambut Baik Usaha yang dilakukan Oleh Pihak DBKL ini kerana Realiti Hidup dalam Kuala Lumpur,Harga Harta yang meningkat begitu tinggi tetapi Masih Boleh Menjual Rumah Berharga Di Bawah RM200,000.00 tanpa Mengunakan Duit Kerajaan atau Subsidi Kerajaan.

Saya Mohon Kepada rakan yang menabur fitnah ini,Jangan kerana hasad Dengki dan iri hati sanggup menolak Pembangunan yang Baik Untuk Rakyat.Jangan Kerana Kepentingan Diri sendiri menolak Pembangunan Untuk orang Melayu dan Bumiputra.Kita Sebagai Pemimpin perlu Berdepan dengan Realiti,Jangan Kita Suka Janji Bulan Dan bintang kalau sendiri pun tidak boleh melakukannya.

Saya Mempunyai Fakta untuk cukup menyedihkan,Sebuah Agensi Kerajaan Yang sepatutnya Memperjuangkan Nasib Orang Melayu dan bumiputra,Sepatutnya Menyediakan Rumah Yang lebih Murah daripada pihak Swasta tetapi akhir Keuntungan Menjadi Keutamaan Mereka.

Harga Tawaran DBKL kepada Agensi tersebut hanya dengan kadar 165 kp,Tidak Mengikut Nilaian Sebenar JPPH kerana Memikirkan Elemen CSR yang mahu dilakukan tetapi akhirnya menjual rumah dengan Kadar

800 kp – RM 300,000.00
950 kp – RM 617,000.00

Dan Pembangunan Agensi ini hanya berkonsepkan 30% Mampu Milik dan 70% Rumah Harga Bebas ( Mewah ).

Lebih mengejutkan kita Pembangunan agensi ini di Kampung Orang Melayu boleh membina rumah dengan Kadar Jualan sehingga Jutaan Ringgit.Saya Pernah Bertanya kepada Agensi ini kenapa Jual rumah sehingga Harga Begitu Tinggi,Jawapan Mereka Harga Tanah yang ditawarkan Terlalu mahal.

Persoalannya Kenapa pula Developer lain di jual dengan harga yang sama atau lebih tinggi boleh Menjual Harga lebih murah? Siapa yang memikirkan Keuntungan ?

Saya Harap pihak Yang tidak bertanggungjawab ini boleh memikirkan secara waras dan positif tentang pembangunan yang dilaksanakan oleh pihak DBKL.

Saya tiada niat untuk menyakiti hati siapa-siapa cuma untuk menjawab fitnah dan pembohongan yang di lakukan oleh beberapa individu.

Sekian Terima Kasih.

Mohd Rafi Alli Hassan.
Setiausaha Politik Menteri Wilayah.

LEAVE A REPLY