BATU GAJAH, 28 Jan – Rakyat Malaysia seharusnya berbangga apabila lima? belas daripada 50 tren enam gerabak yang dibeli oleh Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) dari China dipasang sepenuhnya di fasiliti tempatan CSR Zhuzhou Electric Locomotive Company (CSR) di sini.

Ia merupakan salah satu inisiatif syarikat pengendali pengangkutan awam itu untuk memanfaatkan kepakaran tempatan. 
 
Rangka kosong dan komponen-komponen untuk tren yang pertama, yang dibeli di bawah Projek Penyambungan Jajaran LRT (LEP) Laluan Ampang dan penukaran tren-tren yang digunakan sekarang, telahpun selamat dihantar ke fasiliti rel serba moden milik CSR, yang terletak kira-kira tiga kilometer dari stesen KTM Batu Gajah. 

Menurut ?Dato’ Ir. Zohari Sulaiman, Ketua Pegawai Eksekutif Prasarana Rail and Infrastructure Projects Sdn Bhd (PRAISE) ? ?urusan penghantaran rangka kosong tren telah dilakukan pada minggu lepas sebelum disusuli pula dengan komponen-komponen lain termasuk roda, bogie, kelengkapan dalaman dan sistem elektrik serta elektronik lain.
?
“Di fasiliti ini nanti, kerja-kerja pemasangan akan dilakukan oleh jurutera-jurutera dan para pekerja tempatan dengan sokongan dan pengawasan beberapa jurutera yang didatangkan daripada China,” kata Zohari.?

“Di samping tenaga tempatan, tren-tren ini juga akan menggunakan kombinasi perolehan komponen-komponen dari luar negara dan tempatan sebelum menjadi set tren enam gerabak yang lengkap,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.??
 
PRAISE  adalah anak syarikat Prasarana yang dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan projek LEP termasuk urusan pembelian tren-tren baru enam-gerabak dari CSR untuk LRT Laluan Ampang.  
 
Menurut  Zohari, kandungan tempatan (local content) yang akan digunakan untuk 15 set tren enam-gerabak yang akan dipasang di fasiliti Batu Gajah itu termasuk penghantaran tren oleh syarikat tempatan, perolehan komponen-komponen tren, pengurusan projek, pemasangan tren, pemantauan qualiti, sistem dokumentasi, ujian-ujian statik dan dinamik serta sokongan semasa “Defect Liability Period” (DLP). 
 
Projek LEP Laluan Ampang, yang menyaksikan penyambungan laluan LRT sekarang dari stesen Sri Petaling ke stesen integrasi Putra Heights, P?rasarana juga membeli 20 set tren daripada CSR ZELC. 

Manakala tiga puluh lagi dibeli bagi menggantikan tren-tren yang telah digunakan sejak perkhidmatan LRT Laluan Ampang ini diperkenalkan pada 1996. 
 
Sebagai inisiatif meningkatkan kemahiran tempatan, Prasarana telah meletakkan syarat dalam perjanjian mereka dengan CSR Zhuhou supaya 15 daripada tren-tren ini dipasang di dalam negara untuk memanfaatkan pekerja-pekerja tempatan. 
 
“Kerja-kerja pemasangan ini bukanlah sesuatu yang mudah. Ia melibatkan kerja-kerja kejuruteraan tahap tertinggi kerana melibatkan proses yang menyeluruh daripada rangka tren yang kosong kepada set yang dilengkapi dengan sistem elektrikal, isyarat dan semboyan yang lengkap di samping perincian mekanikal dan kejuruteraan ini.

?Tambah? beliau, kerja-kerja pemasangan tren yang pertama ini akan mengambil masa selama empat (4) bulan dengan mengambil kira proses bagi “knowledge transfer” yang akan diberikan kepada tenaga kerja tempatan, sebelum ia dihantar ke Kuala Lumpur untuk satu siri ujian berjadual dan diluluskan untuk operasi. 

Fasa pertama projek LEP Laluan Ampang telahpun dibuka sejak 31 Oktober lepas melibatkan empat stesen iaitu Awan Besar, Muhibbah, Alam Sutera dan Kinrara BK5 dengan menggunakan lima set tren enam-gerabak yang baru. Fasa kedua dijadualkan pembukaan pada 31 Mac ini dengan melibatkan baki tujuh stesen lain sehingga ke stesen integrasi Putra Heights.
 
“Sehingga hari ini, Prasarana sudah menerima 24 daripada 50 tren yang dibeli daripada CSR termasuk satu yang akan dipasang di Batu Gajah. Tren-tren ini akan dihantar secara berperingkat dengan set yang terakhir dijadualkan akan diterima oleh kilang CSR Batu Gajah dari China sebelum pertengahan Oktober tahun ini,” kata Zohari. – Sofea Nawar (WD MY)?

LEAVE A REPLY