KUALA LUMPUR, DISEMBER 20: KEPIMPINAN…. Majlis Tertinggi Umno akan bertemu esok untuk membincangkan perkara-perkara yang timbul selepas Ahmad Zahid Hamidi memutuskan untuk bercuti dari jawatan presiden parti, demikian menurut Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki.

“Kami akan membincangkan keputusan Datuk Seri Zahid untuk bercuti, dan apa fokus Umno berikutan keputusan itu,” beliau dipetik sebagai berkata oleh The Star.

“Perkara itu adalah antara tajuk utama di mesyuarat Majlis Tertingi yang akan diadakan esok,” katanya.

Pada 18 Disember, Zahid mngumumkan akan bercuti dari jawatan presiden Umno ekoran tindakan ahli Parlimen dan pemimpin parti itu keluar parti.

Parti itu, yang memenangi 54 kerusi Parlimen pada pilihan raya umum ke-14, kini tinggal 38 kerusi selepas berlepas 16 ahli Parlimennya bertindak keluar parti.

Zahid bagaimanapun menegaskan bahawa beliau tidak meletak jawatan, tetapi hanya bercuti supaya timbalannya, Mohamad Hasan yang boleh menjalankan tugas itu.

Para pegawai parti dilaporkan mengesahkan dengan The Star bahawa Zahid hanya bercuti daripada tugas presiden dan dia kekal sebagai ketua pembangkang.

“Dia bercuti, yang bermakna, dia tidak lagi membuat keputusan atau terbabit dalam proses membuat keputusan kepimpinan parti,” kata Asyraf.

Zahid tidak menyatakan berapa lama dia akan bercuti, katanya.

Wip BN Ismail Sabri Yaakob juga memberitahu The Star bahawa Zahid akan kekal sebagai pembangkang utama di Dewan Rakyat.

“Tidak ada perubahan pada ketika ini, kerana masih terlalu awal untuk memutuskan, dengan Dewan Rakyat hanya bersidang lagi pada Mac tahun depan.

“Kedudukan ketua pembangkang juga merupakan sesuatu yang perlu dibincangkan dengan parti pembangkang lain dan tiadak hanya di kalangan barisan,” kata Ismail Sabri, yang juga naib presiden Umno.

The Star juga melaporkan difahamkan bahawa salah seorang daripada tiga Naib Presiden Umno menulis kepada Zahid pada 17 Disember menyenaraikan alasan mengapa presiden harus meletakkan jawatan-MY WD