CAMERON HIGHLANDS, JAN 12: KEPUTUSAN PRK…Susulan penambahbaikan sistem komunikasi antara saluran dan pusat penjumlahan undi, Suruhanjaya Pilihan Raya(SPR) menjangka keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands dapat diumumkan sebelum 10 malam 26 Januari ini.

Pengerusi SPR Azhar Azizan Harun berkata sistem komunikasi terus antara lain dengan menggunakan aplikasi Whatsapp terbukti mempercepat serta melancarkan sistem pengurusan penjumlahan undi di tiga PRK sebelum ini iaitu PRK Balakong, Seri Setia dan Port Dickson.-MY WD