KUALA LUMPUR, 16 Mac – Umum…… Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2016 dijadual diumumkan oleh Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Dr Khair Mohamad Yusof, di Kementerian Pendidikan, Putrajaya, jam 9 pagi ini.

Calon boleh mendapatkan keputusan peperiksaan itu dari sekolah masing-masing atau melakukan semakan melalui perkhidmatan mySMS 15888 selepas jam 10 pagi.

Seramai 434,535 calon mendaftar untuk menduduki SPM 2016 di 3,732 pusat peperiksaan seluruh negara, termasuk 377,194 calon sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan dan sekolah agama bantuan kerajaan.

Seterusnya, 9,094 calon sekolah bawah agensi kerajaan selain Kementerian Pendidikan seperti Maktab Rendah Sains MARA; sekolah menengah agama negeri (7,931); sekolah swasta yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan (12,847); sekolah menengah agama rakyat (1,756) dan calon persendirian (25,713). – WD MY