DOHA, 15 Jan – TAHAN…..Anggota keluarga Diraja Qatar yang mencetuskan kontroversi, berkata beliau kini ditahan di Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Perkara itu dilaporkan akhbar, namun segera dinafikan pegawai negara itu.

Sheikh Abdullah Ali Al-Thani, adalah tokoh penting dalam perbalahan antara negara Teluk beberapa minggu selepas Riyadh dan Abu Dhabi memutuskan hubungan dengan Doha pada Jun lalu.

Beliau dilihat sebagai pencabar kepada kepemimpinan Qatar.

Rakaman video yang disebarkan atas talian, juga ditayangkan stesen televisyen al-Jazeera, menunjukkan beliau memberi amaran ‘bimbang sesuatu akan berlaku kepadanya dan akan dipersalahkan ke atas Qatar’.

“Saya di Abu Dhabi, sebagai tetamu Putera Mahkota Sheikh Mohammed Ziyad al-Nahyan.

“Kini tidak lagi. Saya ditahan. Saya mahu menjelaskan rakyat Qatar tidak bersalah. Sheikh Mohammed bertanggungjawab sepenuhnya atas apa yang berlaku kepada saya,” katanya.

UAE menafikan Sheikh Abdullah ditahan dan agensi berita WAM melaporkan, beliau berada di negara itu atas kehendak sendiri. – WD MY