JOHOR BAHRU, 19 Julai – Amalkan…. Kerajaan Malaysia sentiasa mengamalkan dasar telus dan berlaku adil kepada semua dalam pelaksanaan peraturan bagi mengurangkan kemalangan jalan raya.

Menurut Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abd Aziz Kaprawi yang mengulas isu hukuman denda terhadap Timbalan Ketua Pengarah JPJ.

Abd Aziz berkata hukuman denda terhadap Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Yusoff Ayob, menunjukkan kerajaan berlaku adil pada semua.

Sesiapa sahaja yang melanggar peraturan akan berhadapan tindakan undang-undang.

“Kerajaan mengamalkan dasar telus, siapa yang melanggar peraturan dia berhadapan tindakan undang-undang.

“Perkara ini seiring dengan hasrat kerajaan mengurangkan yang mahu mengurangkan kes kemalangan dan kerajaan serius serta berlaku adil pada semua,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Majlis Konvokesyen Netherlands Maritime Institute of Tenchnology (NMIT) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor di sini, hari ini.

Semalam, Yusoff didenda RM600 oleh Mahkamah Majistret Putrajaya selepas mengaku bersalah memandu di lorong kecemasan pada 7 Oktober tahun lalu.

Majistret Nik Isfahanie Tasnim Ab Rahman menjatuhkan hukuman itu terhadap Yusoff, selaku Orang Kena Saman (OKS), yang diwakili pegawai khasnya, mengaku bersalah melakukan kesalahan itu.

Mahkamah turut memerintahkan OKS menjalani tambahan hukuman penjara tujuh hari, sekiranya gagal membayar denda. – WD MY