KUALA LANGAT, 8 SEPT – UMUM…. Kadar baharu tarif air bagi semua negeri mungkin diumumkan hujung tahun ini.

Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr Xavier Jayakumar, berkata bagaimanapun perkara itu akan dibawa kepada Jemaah Menteri terlebih dahulu untuk dibincangkan.

“Setelah Jemaah Menteri bersetuju dengan kadar baharu ini, saya akan umumkan kenaikan bagi setiap negeri, kemungkinan pada hujung tahun ini tetapi saya tidak boleh janji apa-apa,” katanya.

Seramai 1,500 peserta menyertai larian berkenaan yang pertama kali diadakan di luar Klang sejak ia dianjurkan oleh SGM pada 2005.

Mengenai peratusan kenaikan tarif air itu, Xavier berkata, pihaknya akan memastikan kenaikan itu kelak tidak membebankan rakyat.

“Kita faham situasi rakyat, tetapi pada masa sama rakyat perlu faham industri air sudah lama tidak ada perubahan dan ia memerlukan modal operasi yang besar,” katanya. – WD MY