PUTRAJAYA, 30 Jun – Beri Pelepasan…….Kerajaan bersetuju memberi pelepasan khas daripada bertugas pada 8 Julai ini kepada pegawai perkhidmatan awam Persekutuan jika Hari Raya diisytiharkan pada 6 Julai.

Menurut Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa, bagaimanapun berkata, pelepasan itu tidak terpakai jika Aidilfitri diisytiharkan pada 5 Julai.

“Orang awam yang merancang untuk mendapatkan perkhidmatan kerajaan pada hari pelepasan khas itu digalakkan untuk mengunjungi jabatan dan agensi yang berkenaan sebelum cuti umum Aidilfitri,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Ali dalam pada itu merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, kerana bersetuju dengan cadangan daripada penjawat awam itu khususnya oleh CUEPACS.

“Semoga penjawat awam dapat memanfaatkan pemberian pelepasan khas daripada bertugas untuk meraikan Hari Raya bersama keluarga dan seterusnya memberikan perkhidmatan yang terbaik dan produktif apabila kembali bertugas di jabatan dan agensi masing-masing,” katanya. – WD MY

LEAVE A REPLY