KUALA LUMPUR, 8 Ogos – Sokongan…. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan Barisan Nasional bukan kerajaan populis dengan hanya menabur janji untuk meraih sokongan rakyat.

Najib menegaskan kerajaan yang diterajuinya adalah kerajaan yang adil dan membawa negara ke arah masa depan yang lebih baik.

Beliau juga berjanji akan terus melakukan yang terbaik dan tidak akan lari daripada tangungjawab dalam melaksanakan tugasnya sebagai Perdana Menteri.

Hadir sama, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau berkata demikian dalam ucaptamanya di Forum Ekonomi Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kebangsaan Malaysia (NCCIM) 2017 di sini hari ini.

Najib berkata sukar baginya memenuhi kesemua permintaan pihak atau rakyat yang membawa harapan tinggi ketika datang menemuinya termasuk di pejabatnya di bangunan Parlimen.

Tetapi, perdana menteri berkata rakyat harus sedar bahawa beliau tidak dapat merealisasikan setiap jangkaan mereka yang berharap dapat melihat keinginan mereka diluluskan.

“Inilah yang sentiasa menjadi cabaran semasa memegang jawatan ini,” katanya sambil bersumpah akan melakukan yang terbaik untuk negara ini.

Dalam ucapannya, Najib turut menyentuh mengenai Transformasi Nasional 2050 (TN50) dengan matlamat umum untuk meletakkan Malaysia sebagai 20 negara terbaik di dunia menjelang 2050.

“Kami telah mengambil pendekatan ‘bottom-up’ (dari bawah ke atas) dan bukannya ‘top-down’ (dari atas ke bawah) dalam merangka pelan pelaksanaan TN50 kerana kami mahu visi baharu dirasakan oleh rakyat – untuk menjadi milik mereka. – WD MY