KUALA LUMPUR, OKTOBER 10:TOL…. Kerajaan bukan pembuat keputusan tunggal dalam sama ada kadar tol perlu dikurangkan atau dikekalkan, kerana ia juga bergantung kepada pemegang kepentingan,” kata Pengarah Urusan Khazanah Nasional Bhd, Datuk Shahril Ridza Ridzuan.

Beliau berkata tiada kerajaan yang boleh mengambil tindakan seperti itu dan melanggar kontrak dengan pemegang konsesi.

“Mereka tidak akan melanggar kontrak. Tiada kerajaan yang akan melanggar kontrak,” kata Shahril Ridza dalam responsnya kepada soalan semasa perbincangan panel mengenai Malaysia Baharu: Daya Tahan Ekonomi dan Profil Kredit’ pada Forum Malaysia Dalam Era Baharu anjuran RHB, Maybank dan CIMB di sini, semalam.

Beliau berkata sebarang perbincangan mengenai pengurangan atau semakan semula kadar tol mesti mengambil kira jumlah pampasan yang perlu dibayar kepada pemegang kepentingan.