GEORGETOWN, 13 Okt – DI TIPU DAN DI ANIAYA….. Pemohon rumah kos rendah mendakwa dianiaya apabila permohonan mereka untuk memiliki unit di Pangsapuri Mutiara Anggun di sini, dibatalkan kerajaan DAP Pulau Pinang.

Wakil kumpulan pemohon, Abdul Hamid Mydin, berkata pihaknya sudah menerima surat tawaran pemilikan daripada kerajaan negeri dan pemaju pada September tahun lalu, namun secara tiba-tiba ia dibatalkan tanpa sebarang alasan.

“Kami mengikut prosedur permohonan biasa ditetapkan dan sudah menerima surat tawaran daripada kerajaan negeri serta pemaju untuk memiliki kediaman terbabit.

“Bagaimanapun, tiba-tiba kami menerima surat pembatalan daripada kerajaan negeri pada Ogos lalu. Perkara ini langsung tidak masuk akal,” katanya pada sidang media hari ini.

Projek Pangsapuri Mutiara Anggun yang terletak di Sungai Nibong dibangunkan JKP Sdn Bhd, yang juga agensi Kerajaan Persekutuan. – WD  MY