SHAH ALAM, 7 Jan – HORMATI….┬áTimbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata kerajaan menghormati keputusan mahkamah dan Jabatan Penjara yang mematuhi hukuman penjara yang dijatuhkan oleh mahkamah terhadap tahanan.

“Jabatan Penjara sentiasa mematuhi sebarang tempoh seseorang tahanan itu dan Kerajaan Malaysia tentunya akur dengan keputusan yang dijatuhkan mahkamah.

“Tempoh sesuatu hukuman harus dihormati semua pihak dan pada hemat saya, tarikh disebut (dalam) sidang media itu tarikh yang dijangka.

“Jika hari besar itu (PRU-14) dibuat lebih awal, mungkin agak terlewat untuk menjadi tokoh penting negara,” katanya selepas melepaskan 2,300 peserta Larian Amal Antartika 2018 di Kompleks Media Kumpulan Karangkraf, hari ini.

Ahmad Zahid berkata demikian ketika mengulas kenyataan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail semalam, bahawa suaminya akan dibebaskan pada 11 Jun ini. – WD MY