PUTRAJAYA, 13 Jun – Mohon RM250 juta…..Kerajaan negeri Kedah memohon peruntukan RM250 juta daripada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) bagi menyelesaikan masalah bekalan air di 5 daerah.

Ahli Majlis Kerajaan Negeri Kedah, yang juga ADUN Belantek memaklumkan 5 daerah yang terjejas ialah Baling, Sik, Padang Terap, Bandar Baru dan Kuala Muda.

Menteri Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pihaknya akan meneliti dan mempertimbangkan permohonan itu.

Ismail Sabri turut memaklumkan peruntukan kementerian itu untuk Kedah tahun ini sebanyak RM148 juta dan pihaknya telah menggunakan lebih 40% peruntukan tersebut untuk pembangunan luar bandar di negeri itu.

Beliau ditemui selepas mengadakan pertemuan lebih 2 jam di Bangunan KKLW di Putrajaya. – WD MY

LEAVE A REPLY