NEW YORK, 25 Sept – Kerajaan Malaysia menzahirkan ucapan takziah kepada
keluarga mangsa kejadian rempuhan, yang mengorbankan ratusan nyawa,
ketika ibadah melontar jamrah di Mina, Arab Saudi, hari ini.

Perdana Menteri Datuk, Seri Najib Tun Razak turut mendoakan agar roh mereka
yang terkorban ditempatkan dalam kalangan para syuhadah.

“Semoga roh mereka ditempatkan bersama syuhadah,” katanya kepada wartawan
Malaysia selepas mengerjakan solat sunat Aidiladha di Pusat kebudayaan Islam New
York di Uptown New york, di sini, hari ini.

Sementara itu, Anifah juga mengucapkan takziah kepada kerajaan Arab Saudi
dan semua keluarga mangsa yang terlibat.

“Tiada rakyat Malaysia terbabit setakat ini,” katanya semasa memberikan
taklimat media di sini.
.
Perdana Menteri tiba bersama isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, pada Rabu
(Khamis di Malaysia) dalam lawatan kerja untuk menghadiri sesi ke-70 Perhimpunan
Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Najib dijadual menghadiri beberapa mesyuarat peringkat tertinggi PBB sebelum
berucap pada perhimpunan agung itu di ibu pejabat PBB di sini pada 1 Okt.

Malaysia pada masa ini melaksanakan peranan penting dalam badan dunia itu
selaku anggota tidak tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
(UNSC).

Najib juga akan menyertai pemimpin dunia lain dalam Sidang Kemuncak Pasukan
Pengaman PBB yang dipengerusikan Presiden Barack Obama pada 28 Sept.
-Sharini Abdulah (WD MY)

LEAVE A REPLY