Kerajaan Negeri Melaka Ikut Saranan Ketua Polis Negara

0
108

AYER KEROH, 28 Mei – Saranan…… Pihak Kerajaan negeri menghentikan serta-merta pengeluaran lesen pusat hiburan baharu di negeri ini, selain menyemak status lesen sedia ada kata Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron.

Idris berkata pengeluaran lesen baharu pada masa depan hanya diluluskan sekiranya pusat hiburan mengikut syarat ditetapkan.

“Hari ini, kerajaan negeri mengambil langkah besar iaitu akan menghentikan pengeluaran lesen hiburan baharu sehingga kita benar-benar berpuas hati apabila semua premis lesen hiburan keluarga sedia ada mengikut syarat.

“Pemegang lesen yang tidak mengikut syarat kita akan hentikan lesen serta-merta,” katanya.

Idris berkata, kerajaan negeri menahan banyak lesen hiburan keluarga sebelum ini selepas menyedari ia disalahgunakan pihak tertentu.

“Setiap kali lesen ini ingin dikeluarkan, PBT akan membawa  dokumen kepada peringkat kerajaan negeri dan pihak kerajaan negeri akan putuskan,” katanya.

Kelmarin, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesyorkan kerajaan negeri serta PBT di seluruh negara menghentikan serta-merta kelulusan lesen pusat hiburan keluarga.

Beliau berkata, langkah itu perlu kerana terlalu banyak kes salah guna lesen bagi tujuan perjudian berlaku. – WD MY