KUALA LUMPUR, MAC 6 : PENYEWA….Penyewa di Projek Perumahan Rakyat (PPR) seluruh negara akan diberi tawaran skim ‘rent-to-own’ (sewa untuk beli) dalam usaha kerajaan memberi pemilikan rumah kepada penyewa dan mewujudkan perasaan ‘self-belonging’ kepada rumah masing-masing.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar membeitahu skim berkenaan akan ditawarkan hanya kepada penyewa asal.

“Oleh kerana kita dapati ada PPR yang disewa dan ada pula sewa atas sewa, jadi langkah pertama kita akan buat ‘pemutihan’ untuk pastikan mereka yang berada di situ adalah penyewa asal

“Apabila kita buat pemutihan kita akan beri penawaran kepada mereka dengan skim rent-to-own yang mana pihak penyewa ini diberi tawaran memiliki rumah dengan tanpa apa-apa deposit.

“…Sekiranya kita dapati penyewa ini merupakan pembayar sewa yang baik, sewaan yang mereka buat sebelum ini akan diambil kira,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri.

Noh menjawab soalan tambahan Anuar Abd Manap (BN-Sekijang) berhubung mekanisme dalam soal memberi hak milik kepada penyewa PPR.

Terdahulu, Noh berkata sehingga Disember 2017, kerajaan telah membina 84,490 unit rumah PPR yang melibatkan pembangunan 122 projek di seluruh Malaysia.

Katanya bagi PPR disewa, kerajaan menawarkan kadar sewaan RM124 sebulan manakala bagi PPR dimiliki, manakala harga jualan rumah adalah RM35,000 bagi Semenanjung Malaysia dan RM42,000 bagi Sabah dan Sarawak.

Noh membeitahu trdapat dua kategori PPR. Kategori pertama adalah kos pembinaan rumah disediakan kerajaan pusat tetapi hak milik tanah dimiliki kerajaan negeri, manakala yang kedua adalah kos pembinaan dan tanah sepenuhnya milik kerajaan pusat. РMY WD