KANGAR, 11 Jun – Rancang……..┬áTimbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata Kerajaan pusat bersetuju untuk membangunkan Jalan Keselamatan dan Pembangunan (Kesban) di sempadan Malaysia-Thailand, iaitu dari Padang Besar hingga Bukit Kayu Hitam di Kedah, bagi menggalakkan pembangunan perdagangan antara kedua-dua negara.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata pembangunan jalan sepanjang 26.2 km itu adalah juga selaras dengan tindakan kerajaan untuk membuka sempadan Bukit Kayu Hitam 24 jam mulai 1 Januari 2019.

Ini selain untuk menyokong projek Pelabuhan Darat Perlis (PIP) di Chuping dan Padang Besar khususnya sebagai hub logistik.

“Perancangan kerajaan pusat itu telah dibincangkan dengan kerajaan Thailand”, katanya kepada media selepas berbuka puasa bersama warga Kementerian Dalam Negeri sempena program “Penerapan Nilai-Nilai Murni bersama Timbalan Perdana Menteri” di sini malam ini.

Beliau berkata kerajaan negeri Perlis diminta untuk kemukakan kertas cadangan terperinci mengenai perkara tersebut.

Pada Mac lepas Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man mencadangkan kepada kerajaan pusat agar Jalan Kesban di sempadan dibuka kepada umum bagi menggalakkan aktiviti perdagangan antara kedua-dua buah negara. – WD MY