KUALA LUMPUR, DISEMBER 9:  BEEHATI-HATI….Kerajaan diminta supaya berhati-hati dalam membuat sebarang keputusan.

Pelakon, Mustafa Kamal berkata, ia berikutan rakyat sentiasa memerhatikan setiap langkah diambil kerajaan.

“Kepada kerajaan sekarang ini, berhati-hati. Rakyat sedang memerhati kamu. Apa saja keputusan yang kamu buat, kamu kena berhati-hati.

“Kalau tak nak sesuatu yang tidak diingini berlaku di negara kita, berhati-hatilah,” katanya semalam.

Menurutnya, kehadirannya ke himpunan itu bukan mewakili golongan selebriti sebaliknya sebagai anak Kelantan di perantauan.

“Saya hari ini hadir bagi mewakili anak Kelantan di perantauan bukan mewakili golongan artis bagi menunjukkan rasa tidak puas hati.

“Kita berhimpun disebabkan agama dipersendakan, bangsa diperkotak-katikkan, macam-macam fitnah, tuduhan berlaku dalam negara kita ini yang tidak sepatutnya berlaku,” katanya.

Dalam pada itu, Mustafa sempat melayan permintaan peserta Himpunan ICERD untuk merakam gambar kenangan bersamanya.-MY WD