KUALA LUMPUR, 9 APRIL – SAHKAN… Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Amiruddin Hamzah memberitahu Dewan Rakyat ejen jualan berlian merah jambu dan barangan kemas untuk isteri seorang VVIP telah mengisytiharkannya kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

Katanya, syarikat itu juga membuat perisytiharan barang berkenaan dengan jabatan yang sama ketika meninggalkan negara ini.

“Bagi kes berprofail tinggi seperti ini sudah dijawab oleh menteri (Lim Guan Eng) pada tahun lalu.

Ya, ejen dah ikrar bawa masuk, kemudian ada pengikraran benda yang sama dibawa keluar.

“Jadi tidak berlaku pembelian (oleh isteri VVIP itu), sudah dibawa balik oleh ejen ini,” katanya pada sesi penggulungan perbahasan Rang Undang-undang Kastam (Pindaan) 2019.

Beliau menjawab soalan Wong Hon Wai (PH-Bukit Bendera) yang mahu sama ada sebarang borang Jabatan Kastam telah diisi dan cukai atau duti kastam dibayar berhubung dengan lebih 40 unit barangan kemas yang membabitkan isteri seorang VVIP. – WD MY