PUTRAJAYA, 10 MEI – BERBUKA…. ┬áPerdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali hadir Majlis Berbuka Puasa dan Kesyukuran Sambutan Ulang Tahun Pertama Kemenangan Rakyat di Masjid Putra, semalam.

Dr Mahathir yang memakai baju Melayu ungu, tiba pada jam 7 malam dan disambut oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof.

Hadir sama Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu dan barisan menteri dan timbalan menteri.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa yang dipimpin oleh pemangku Imam Besar Masjid Putra, Lukman Mohd Hosni.

Dr Mahathir kemudiannya berbuka puasa bersama para hadirin sebaik sahaja Azan Maghrib berkumandang.

Selesai berbuka, Perdana Menteri bersama-sama lebih 1,000 jemaah menunaikan solat Maghrib secara berjemaah. – WD MY