KUALA LUMPUR, NOVEMBER 13: PROGRAM SUSU…Kerajaan tiada rancangan untuk menyambung semula Program Susu 1 Malaysia (PS1M) buat masa ini.

Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching berkata segala cadangan untuk penyambungan semula program tersebut adalah bergantung pada peruntukan dalam belanjawan pada tahun hadapan.

“Kita perlu tengok peruntukan pada tahun depan, kerana belanjawan tahun ini telah dibentangkan.

“(Setakat tahun ini) tiada perancangan,” katanya ketika ditanya cadangan untuk menyambung semula program tersebut.

Beliau berkata demikian kepada ketika ditemui di parlimen, malam ini.

PS1M merupakan program di bawah Rancangan Makanan Tambahan (RMT) yang sepatutnya mengedarkan susu kotak kepada murid miskin di sekolah.

Untuk rekod, perlaksanaan RMT telah menerima peruntukan RM299 juta daripada kerajaan BN seperti dibentangkan dalam Belanjawan 2018.-MY WD