TASEK GELUGOR, MEI 5:GAGAL…Rakayt di Pulau Pinang jangan serah diri kepada kerajaan Pulau Punang, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata sehingga kini, kerajaan Pulau Pinang gagal melunaskan janji mereka pada manifesto Plihan Raya Umum (PRU) yang lepas.

Beliau berkata, sehingga kini pembangkang di negeri itu gagal membina sebarang Rumah Mampu Milik (RMM) seperti dijanjikan, sebaliknya menyebabkan banjir kilat kerap berlaku di negeri itu.

Katanya, penduduk sepatutnya memilih siapa yang mampu mengubah kehidupan mereka ke arah lebih baik dan tidak termakan hasutan semata-mata.

“Pulau Pinang menjadi contoh di mana janji tinggal janji. Saya ingin tanya berapa RMM dibina di sini? Jawapannya tiada RMM dibina, tetapi yang ada adalah 149 kejadian banjir kilat serta pembinaan rumah lereng bukit.

“Kalau begini, pentadbiran bekas Ketua Menteri, Tan Sri Koh Tsu Koon lebih baik dalam menjaga alam sekitar berbanding kerajaan negeri pembangkang,” katanya pada majlis Pemimpin Bersama Rakyat di sini, hari ini.

Najib berkata, pembangkang dalam kempennya bercakap mengenai mentadbir negara, namun kesepakatan mereka yang bertujuan menumbangkan BN hanya berlaku ketika musim pilihan raya saja.

“Sejarah membuktikan pakatan pembangkang seperti Angkatan Perpaduan Ummah (APU) dan Pakatan Rakyat hanya wujud ketika pilihan raya saja dan kemudian mereka berpecah.

“Adalah tidak masuk akal apabila mereka mahu mentadbir negara kerana setiap parti ada kepentingan sendiri yang berbeza dengan BN yang benar-benar mahu menubuhkan kerajaan,” katanya.

Mengulas lanjut, Najib berkata, Malaysia berada pada landasan terbaik bagi menjadi negara moden dan berjaya di peringkat antarabangsa.

“Jika negara kita teruk, Singapura tidak akan bekerjasama membangunkan Keretapi Berkelajuan Tinggi (HSR) dan Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud juga tidak akan membenarkan syarikat minyak Aramco melabur di Pengerang, Johor.

“Untuk menjadi negara maju, kita tidak boleh mempunyai dasar baik dengan negara ini, gaduh dengan negara itu. Disebabkan itu, kita melihat China sebagai potensi kerana negara itu mampu menjadi ekonomi terbesar dunia dalam tempoh terdekat,” katanya.-MY WD