KUCHING, 8 Ogos – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
berkata ia adalah hak mutlak kerajaan negeri untuk menentukan tarikhnya setelah
mengadakan rundingan dengan Yang Dipertua Negeri Sarawak dan memaklumkan
kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Menurut beliau, kerajaan pusat dan BN pusat bersedia dalam apa juga keadaan
bagi membantu BN Sarawak dan kerajaan negeri, bukan sahaja meraih sokongan di
kawasan yang telah dimenangi pada pilihan raya lepas tetapi turut memenangi
kerusi baharu.

“Saya yakin dengan kerjasama erat dan semua program yang disusun, kerusi
baharu akan dapat dimenangi oleh BN, malah kerusi tambahan yang selama ini
kecundang akan ditebus semula,” katanya.

Beliau ditemui media di Lapangan Terbang sebelum berlepas pulang dan di jangka
ke Kelantan untuk Lawatan ke negeri berkenaan.

Mengenai kunjungan hormat beliau kepada Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun
Abdul Taib Mahmud, Ahmad Zahid berkata beliau berterima kasih kepada Yang
Dipertua Negeri atas nasihat dan pandangan beliau dalam pelbagai aspek.

“Tun lebih berpengalaman dalam menganalisis semua situasi dan saya berharap
hubungan peribadi saya dengan beliau akan memperkukuhkan tautan, talian hubungan
rasmi antara Kuala Lumpur dan Kuching atau kerajaan pusat dan negeri,” katanya.
-Suraya Ahmad (WD MY)

LEAVE A REPLY